Netizen Kecoh Tentang Jari Keenam Hrithik Roshan

loading...
Netizen Kecoh Tentang Jari Keenam Hrithik Roshan - Antarabangsa - Gosip & Hiburan
Sempena ulang tahun kesepuluh, majalah Vogue India telah memilih aktor kacak Bollywood, Hrithik Roshan sebagai penghias muka depannya.
Namun menurut Astro Gempak, apa yang menjadi bualan bukanlah badannya yang sado dan otot yang kekar, sebaliknya adalah bentuk ibu jarinya yang unik.
Sebuah foto yang dimuat naik di Instagram Instant Bollywood jelas menujukkan ibu jari keenam pelakon itu.
Mungkin kebanyakan dari kita tidak perasan dengan kewujudan jarinya itu kerana sebelum ini Hrithik jarang menunjukkannya walaupun ketika berlakon.
Disebabkan foto itu, ruangan komen mula dibanjiri oleh netizen yang rata-ratanya berasa hairan dengan bentuknya namun ada juga yang melabelkannya sebagai satu kurniaan yang istimewa dari Tuhan kepadanya.
Ada pula pengikut yang berasa sangsi dan mendakwa ianya bukan asli dan cuma diedit menggunakan Photoshop. 
Antara komen:





Foto: IG Instant Bollywood
Hakikatnya, Hrithik Roshan memang mempunyai jari yang keenam dan mungkin disebakan keistimewaan itulah dia dipuja oleh para peminat dari seluruh dunia. -CARI

Apa Reaksi Anda...







loading...

0 Response to "Netizen Kecoh Tentang Jari Keenam Hrithik Roshan "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close