'Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang' Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!

loading...
'Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang' Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!… Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gua Musang pada malam Khamis, Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, disifatkan sebagai pejuang rakyat marhaen oleh rakan-rakannya.
Gambar terakhir Allahyarham (berbaju biru) sejam sebelum kemalangan
Seorang pengguna Facebook dengan nama Raja Shamri, berkongsi pengalamannya mengenali Dr.Suhaily dalam beberapa status yang dimuat naik.
Raja Shamri, yang dikenali di kalangan pengguna Facebook tempatan kerana kerja-kerja kebajikan untuk mangsa banjir di Kelantan, mengakui membesar bersama arwah.
Menurut Raja Shamri, dia dan Suhaily berkongsi impian yang sama iaitu mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang penuh dengan empati dan kasih sayang.
Pengalaman membesar dalam keadaan serba kekurangan menjadikan mereka tekad dalam usaha melakukan kerja-kerja amal membantu asnaf dan warga yang memerlukan bantuan.
FB Raja Shamri
Antara status yang dikemas kini di laman Facebook Raja Shamri.
Menurut Raja Shamri lagi, dia bersama Suhaily dan pasukan Third Force dan ResQ UPSI sepatutnya bertemu dengan asnaf dan mangsa banjir yang masih tinggal di dalam khemah di Gua Musang.
Namun perancangan tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Raja Shamri dan pasukannya menukar arah ke Pasir Puteh untuk mengiringi jenazah Suhaily yang meninggal dunia dalam kemalangan malam semalam.
Dalam salah satu status yang dimuat naik, Raja Shamri turut berkongsi gambar terakhir Suhaily yang diambil kira-kira sejam sebelum kemalangan itu.
Kemalangan berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Suhaily dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Hilux. Tiga mangsa turut mengalami kecederaan dalam tragedi itu.
loading...

0 Response to "'Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang' Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close