"Takziah buat sahabat seperjuangan saya yang kehilangan permata hati tercinta kelmarin. Baby Hana baru berusia 13 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya tatkala ibunya baru saja mendapat pekerjaan.

loading...
Bayi 13 Bulan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru
Foto - Aleeza Rosli
PUCHONG, SELANGOR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terjadi pada seorang ibu muda yang kehilangan bayi perempuannya yang berusia 13 bulan dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh. 
Menurut Aleeza Rosli, rakannya, Farah Husna Mohd Noh, baru saja mendapat perkerjaan. Oleh kerana itu, Farah terpaksa menghantar anaknya itu dijaga oleh pengasuh. 
Ahli keluarga yang hadir melihat arwah Baby Hana buat kali terakhir | Foto - Aleeza Rosli
Farah dan Baby Hana | Foto - Aleeza Rosli
Foto - Aleeza Rosli
"Takziah buat sahabat seperjuangan saya yang kehilangan permata hati tercinta kelmarin. Baby Hana baru berusia 13 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya tatkala ibunya baru saja mendapat pekerjaan.
Status yang dimuat naik Aleeza Rosli, enam jam yang lalu
"Sungguh berat dugaan ini. Allah beri satu lagi ujian hebat untuk rakan baik saya ini. Sebak hati tak terkata," tulisnya. 
Menurut Alang Arie yang mendakwa bayi berkenaan adalah anak sepupunya, Hana meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Punca kematian rasmi masih belum diketahui.  tidak diketahui, namun berdasarkan komen balas Aleeza dengan netizen yang lain, kes itu telah dilaporkan kepada polis. Setakat ini bayi berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. 
Pasangan terbabit juga difahamkan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian anak mereka.  - The Reporter
loading...

0 Response to ""Takziah buat sahabat seperjuangan saya yang kehilangan permata hati tercinta kelmarin. Baby Hana baru berusia 13 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya tatkala ibunya baru saja mendapat pekerjaan."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close